UMK kibar Jalur Gemilang setinggi 500 kaki

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

BACHOK:
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengibarkan Jalur Gemilang menggunakan belon udara setinggi 500 kaki sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

Naib Canselor UMK, Prof DrRazli Che Razak berkata, program itu diadakan sehingga menjelang sambutan Hari Malaysia 16 September.

Katanya, langkah tersebut dilakukan bagi memupuk semangat cintakan negara dan memupuk jati diri tinggi dalam kalangan warga UMK serta mahasiswa di kampus.

- Advertisement -

“Kita mengibarkan Jalur Gemilang menggunakan belon di kedudukan tertinggi menggunakan belon udara.

“Jadi saya sangat berharap semua warga UMK dapat menerapkan semangat cintakan kepada negara ini terutamanya selepas pandemik Covid-19,” katanya selepas pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat UMK di perkarangan Teniat UMK Bachok di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad, Pendaftar UMK Khairul Eruwan Abdul Halim dan Bendahari UMK Mohd Yusri Awang.

Program tersebut bermula dengan perarakan tiga pahlawan berkuda berbusana Melayu tradisional membawa watikah ucapan Naib Canselor UMK.

Mereka merupakan wakil pertubuhan Bridged Gayung Malaysia, Pertubuhan Empayar Sunnah Berkuda Kebangsaan dan SN Setia Empayar Enterprise.

“Perarakan berkuda itu simbolnya pahlawan Melayu dahulu menggunakan kuda untuk berjuang dan dalam sejarah Islam kuda dan ini merupakan Sunah Nabi.

“Rasulullah s.a.w dalam peperangan mempertahankan Makkah dan Madinah menggunakan kuda untuk berjuang untuk agama dan tanah air,” katanya.

Sambutan bulan kemerdekaan dimeriahkan dengan program kacau asyura di Pusat Islam UMK sebanyak 20 kawah bermula pagi.

Program yang sama sempena kedatangan bulan tahun baru Islam 1444, turut dianjurkan di Kampus Kota di Pengkalan Chepa dan Kampus Jeli.

Selain itu ia disemarakkan lagi dengan penglibatan penduduk tempatan dan mahasiswa menerusi pidato, aktiviti dan persembahan permainan tradisional. – HARAKAHDAILY 26/8/2022

- Advertisement -