LGBTQ+: Umat Islam di Singapura perlu kekal teguh

- Advertisement -

Oleh: NORHANA MAT ZIN

KUALA LUMPUR: Masyarakat Muslim, alim ulama dan persatuan-persatuan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Singapura disaran agar kekal teguh mempertahankan syiar agama suci ini, susulan kerajaan negara itu bakal mewartakan bahawa perlakuan seks antara sesama lelaki sebagai bukan lagi suatu kesalahan dari segi jenayah.

- Advertisement -


Itu reaksi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) terhadap senario terkini di negara jiran Malaysia itu, yang mana susulan pengumuman kerajaan Singapura itu mencetuskan perasaan tidak puas hati golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan aneh (LGBTQ+) negara itu yang menggesa pula perkahwinan sejenis diiktiraf.   

Zai Mustafa

Sehubungan itu, UMMAH dalam kenyataan oleh Pengerusinya, Zai Mustafa berkata, pihak beliau menggesa agar tidak ada mana-mana negara yang menyokong sebarang undang-undang yang mengiktirafkan perkahwinan sejenis yang di promosikan secara global oleh pertubuhan hak asasi kemanusiaan antarabangsa.

Menurut beliau, sekiranya pelaksanaan perkahwinan sejenis ini turut dilaksanakan di Singapura, timbul kebimbang ia akan menular pula ke Malaysia dan seterusnya ke negara-negara lain.

“Justeru, saya menasihatkan kepada pihak yang mempromosikan perkahwinan sejenis dan golongan LGBTQ, khususnya orang Islam, agar mereka kembali semula kepada ajaran Islam yang sempurna dan bertaubat kepada Allah SWT,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/08/2022

- Advertisement -