Penduduk hilang kerja dibantu ikuti kursus kemahiran

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri membantu rakyat Terengganu yang kehilangan pekerjaan ketika pandemik Covid-19 dengan kursus kemahiran dalam bidang tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, golongan terbabit akan dibimbing kerajaan bagi membolehkan mereka mencipta peluang pekerjaan.

Katanya kursus kemahiran tersebut hasil usaha sama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kolej Komuniti Kuala Terengganu.

- Advertisement -

“Program disusun dengan kerjasama institusi pendidikan bersama i-MiTS bertujuan mengenal pasti kesejahteraan mental dan kewangan pekerja yang diberhentikan akibat Covid-19.

“Mereka diberi latihan kemahiran baharu,” katanya ketika berucap pada majlis penutup dan Penyampaian Sijil Program Asas Kemahiran Komuniti-Kolaborasi UMT, I-MiTS dan Kolej Komuniti Kuala Terengganu di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah i-MiTS Kamaruzaman Abdullah; Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT, Prof Madya Dr Suriyani Muhamad dan Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Ali Mamat.

Pada majlis itu 20 peserta program asas dari Kuala Nerus berjaya menamatkan modul Latihan yang disusun.

Pelaksanaan program tersebut melibatkan kesihatan mental, pengurusan kewangan diri dan keluarga, ilmu latihan kemahiran keusahawanan dan pemasaran. – UPDI

- Advertisement -