PAS Sabah rakam takziah keluarga mangsa kebakaran

Oleh AIZAL SAMSARUDDIN

SANDAKAN:
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain menziarahi keluarga mendiang Lee Kiu Moi di Funeral, Batu 1, dekat sini, semalam.

Mendiang yang juga ahli Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sandakan, meninggal dunia pada usia 84 tahun akibat rentung dalam kebakaran di Taman Rajawali pada Jumaat lalu.

Advertisement

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada Lim Kui Chio atas kehilangan ibu, adik lelaki dan adik ipar mereka dalam kebakaran itu,” kata Mustaman. Hadir sama ialah Ketua DHPP Sandakan, Isaac wong dan ahli jawatankuasa.

Tambahnya, mewakili PAS Sandakan dan Pemuda PAS Sabah melawat keluarga Lim Kui Chio sebagai tanda simpati dan kebersamaan dalam menghadapi musibah itu.

Kebakaran di Taman Rajawali, Batu 7, Jumaat lalu telah mengakibatkan tiga mangsa rentung. – HARAKAHDAILY 25/8/2022