Batalkan konsert hedonisme melampau, atau terima bantahan besar-besaran

- Advertisement -

MENJELANG mesyuarat kabinet yang terdekat ini, sudah pasti PAS melalui anggota Kabinet akan memainkan peranan untuk memastikan konsert-konsert daripada artis antarabangsa yang dijadualkan dapat dibatalkan kerana ia tidak bersesuaian dengan norma-norma dan nilai hidup umat Islam di Malaysia.

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), saya sangat mengharapkan agar kerajaan melalui Menteri-menteri berkaitan menimbangkan untuk membatalkan dan menarik semula kebenaran untuk konsert-konsert ini berlangsung. 

Masa yang tidak sesuai, nilai yang dibawa tidak bersesuaian dan bertentangan dengan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Pihak kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan tentangan di seluruh negara jika ia tidak diendahkan. 

NGO-NGO dan tenaga perseorangan yang prihatin dengan isu ini kita seru untuk bangkit bersama, jangan dibiarkan budaya Hedonisme menular dan menjalar ke dalam masyarakat. 

Mohon gerakkan usaha bantahan ini agar ia sampai ke Seri Perdana Putrajaya.

Jika ada saudara-saudara seagama yang berperanan sebagai penghalang usaha ini baik dengan tindakan mahupun dengan kata-kata, doakanlah mereka mendapat hidayah. 

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 25/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -