Rujuk agensi media kerajaan dapat info sahih

Adun Tellian, Royston Valentine (dua dari kanan)
- Advertisement -

MUKAH: Orang ramai di Sarawak dinasihat merujuk kepada agensi media milik kerajaan untuk mendapatkan sesuatu maklumat atau berita yang sahih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tellian, Royston Valentine, berkata hanya melalui agensi seperti Jabatan Penerangan, RTM serta agensi yang ditubuhkan di bawah kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, masyarakat boleh mendapatkan informasi dan berita yang boleh dipercayai kesahihannya.

- Advertisement -

“Kalau kita lihat sekarang adanya media sosial, sangat mudah kita menyebarkan pelbagai berita. Namun, maklumat yang tepat kita tidak pasti kalau sekadar disampaikan melalui media sosial.

“Jadi hanya melalui yang Jabatan Penerangan, RTM, agensi yang ditubuhkan di bawah kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang kita boleh percayai maklumat dan berita yang disebarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Infiesta Pentarama ‘Hiburan Bermaklumat; Ceria Berinformasi’ anjuran Jabatan Penerangan Sarawak di Tapak Pesta Kaul Mukah.

Royston memuji inisiatif Jabatan Penerangan Sarawak menganjurkan program tersebut, khususnya di kawasan luar bandar.

Menurutnya, ia satu inisiatif yang baik daripada Jabatan Penerbangan untuk menyebarkan informasi selaras peranan agensi berkenaan untuk menyampaikan maklumat sahih kepada masyarakat.

Pada masa sama, beliau meminta masyarakat berbilang kaum di negeri itu agar mengekalkan semangat perpaduan bagi memastikan keamanan yang dikecapi sejak dahulu sehingga sekarang terus berkekalan.

Sementara itu, program konvoi ke seluruh Sarawak tersebut diadakan bertujuan menyampaikan informasi selain menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. – EDISI UKAS

- Advertisement -