Solat jenazah Ustaz Halim di Masjid Banggol

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bekas Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Ustaz Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman, 83, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu kira-kira jam 3.40 petang tadi.

Menurut menantunya Zuraidin Abdullah bapa mertuanya baru-baru ini mendapat jangkitan kuman di paru-paru.

Kata beliau sebelum ini arwah yang juga bekas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa menghidap penyakit kencing manis dan pelbagai penyakit kronik lain.

- Advertisement -

“Insya-Allah solat jenazah akan diadakan di Masjid Kampung Banggol selepas solat Isyak, dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol.

“Saya bagi pihak keluarga menjemput orang ramai hadir menunaikan solat jenazah di Masjid Banggol selepas solat Isyak malam ini,” katanya yang juga Adun Chetok.

Arwah meninggalkan seorang isteri Datin Aminah Abdullah dan lima anak.

“Dengan rendah hati kami memohon untuk menghadiahkan al Fatihah buat almarhum dan mendoakan Allah menerima segala amalan, ibadah serta kebaikannya disisi Allah SWT,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 22/8/2022

- Advertisement -