Gerak agenda penyatuan ummah ke seluruh negara

- Advertisement -

Oleh FAIZAH ARBAIN

KOTA KINABALU:
Pemimpin dan aktivis PAS perlu bergerak ke seluruh pelosok negara bagi menjelaskan kepada rakyat kepentingan agenda penyatuan ummah.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Zukri Ahmad berkata, mereka parlu mempamerkan kesungguhan PAS sebagai penghubung kepada agenda tersebut.

Katanya, usaha itu perlu dilakukan secara berterusan sehingga berjaya memujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat di seluruh negara.

- Advertisement -

“Agenda ini perlu disambut baik rakyat termasuk di Sabah bagi mewujudkan kestabilan politik di negara ini,” katanya pada Bengkel Penerangan 2.0 PAS Sabah, kelmarin.

Hadir sama Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Dr Balachandran Gopal Kishnan dan Ketua Penerangan PAS Sabah, Ahmad Dullah.

Program tersebut menghimpunkan ejen penerangan dari seluruh kawasan di Sabah sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Zukri juga berkata, PAS Sabah perlu perkasakan lagi jentera penerangan sebagai ejen untuk memasarkan pelbagai kejayaan yang dirintis PAS kepada rakyat.

Menurutnya juga rakyat perlu dibekalkan maklumat untuk membolehkan mereka membuat pilihan pada PRU nanti.

“Oleh itu Lajnah Penerangan negeri perlu memperkemas gerak kerja sehingga ke peringkat cawangan bagi membolehkan maklumat atau isu yang berlaku dapat disebar luas ke peringkat akar umbi,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Sabah berkata, penglibatan aktif ejen penerangan penting bagi membantu memperluaskan lagi kefahaman rakyat mengenai peranan PAS dan politik Islam. – HARAKAHDAILY 22/8/2022

- Advertisement -