Sokong penyatuan ummah demi kestabilan politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Sarawak akan terus menyokong agenda penyatuan ummah, iaitu agenda satu lawan satu berdepan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Sarawak, Syamsul Bahrie Mohamad berkata, agenda penyatuan ummah adalah penting dalam mengukuhkan landskap politik Malaysia seterusnya menstabilkan negara dalam semua aspek, termasuk ekonomi.

Katanya, kestabilan dalam aspek ekonomi hanya akan dapat dicapai dengan kestabilan politik yang utuh.

“Prinsip PAS adalah berusaha menyatukan parti-parti politik Melayu sebelum PRU15 melalui apa jua kaedah selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam dan dasar parti.

“Penyatuan ummah ini akan dilakukan berasaskan tiga prinsip utama yang digariskan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar beliau iaitu, adil kepada semua, satu Keluarga Malaysia, dan Islam Memimpin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau lagi, pelaksanaan dasar itu penting demi untuk melihat dan membina semula negara Malaysia yang sejahtera. – HARAKAHDAILY 20/8/2022

- Advertisement -