Wakaf agenda inklusif kerajaan

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, semalam saya menyaksikan Majlis Perjanjian Kerjasama Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur antara CIMB Islamic Bank, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Yayasan Belia Malaysia (YBM).

Program ini bakal menawarkan masyarakat dengan peluang pekerjaan sebagai rider serta memberikan latihan kemahiran keusahawanan. 

Program ini pastinya merupakan satu usaha yang sangat baik dalam menggerakkan elemen kewangan sosial Islam dengan membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan B40 dan asnaf.

Menerusi kerjasama ini, masyarakat dan pelabur boleh menyumbang kepada dana wakaf melalui platform yang disediakan Yayasan Waqaf Malaysia dan dana wakaf yang terkumpul ini akan ditukarkan kepada motosikal (iaitu ain’ wakaf) dan diserahkan kepada Yayasan Belia Malaysia. 

Kemudian, barulah Yayasan Belia Malaysia akan menyerahkan motosikal tersebut kepada peserta program. 

Kerajaan akan sentiasa komited dalam memperkasakan pengurusan wakaf dengan memberi penekanan terhadap peranan wakaf sebagai sebahagian daripada agenda inklusif kerajaan melalui kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia dengan agensi Kerajaan Persekutuan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC). 

Dengan wujudnya pelbagai kerjasama dalam memperkasakan wakaf, tidak mustahil suatu hari nanti, wakaf boleh dijadikan sebagai sektor ketiga negara yang menjadi pelengkap kepada sektor awam dan swasta.

Ribuan terima kasih kepada Yayasan Waqaf Malaysia, CIMB Islamic Bank, CIMB Group, Yayasan Belia Malaysia, Taylor’s Community dan FoodPanda kerana merealisasikan Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 19/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -