Tak galak pelancong kunjungi Thailand untuk hisap ganja

- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR

BANGKOK: Menteri kesihatan Thailand, Anutin Charnvirakul tidak menggalakkan pelancong melawat negara itu hanya untuk menghisap ganja, sejurus dua bulan selepas undang-undang baharu diluluskan yang sebahagian besarnya menyahjenayah dadah itu.

“Kami tidak mengalu-alukan pelancong seperti itu,” kata beliau kepada pemberita apabila ditanya mengenai penggunaan ganja rekreasi dalam kalangan pelawat asing, lapor Reuters.

- Advertisement -

Di sebalik rayuan kerajaan supaya tidak menjadi tinggi, perniagaan ganja dengan bilik merokok khas telah mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk tempatan dan pelawat. baca lagi

Tetapi mereka yang merokok di tempat awam berisiko menghadapi hukuman penjara tiga bulan atau denda sehingga 25,000 baht (RM3133).

Anutin memberikan komen itu walaupun ketibaan pelacong ke Thailand mula meningkat di negara yang bergantung kepada pelancongan itu. Negara dengan ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu menjangkakan 8 juta hingga 10 juta ketibaan tahun ini, melebihi unjuran awal 7 juta.

Anutin Charnvirakul

News18 pula melaporkan Thailand telah menumpukan dasar ganjanya pada industri 28 bilion baht yang dibina berdasarkan manfaat perubatan dan kesihatannya.

Anutin berkata, bagaimanapun, penggunaan rekreasi boleh diterokai apabila terdapat pemahaman yang lebih baik tentang dadah dan mengatakan kemungkinan akan datang dalam masa terdekat.

Dasar ganja Thailand juga telah menarik minat jiran serantau seperti Malaysia, yang sedang mengkaji penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.

Terdahulu, Pada 2018, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang menghalalkan ganja untuk kegunaan perubatan. –HARAKAHDAILY 19/8/2022

- Advertisement -