Serangan berbaur perkauman terhadap Son Heung-min menjijikkan

Pemain Tottenham Hostpur dari Korea Selatan, Son Heung-min
- Advertisement -

Susunan ZIAUDDIN SHARUDDIN

Chelsea menegaskan akan mengambil tindakan tegas ketika kelab itu menyiasat laporan penyerang Tottenham Hostpur, Son Heung-min, dikecam berbaur perkauman di Stamford Bridge.

Kejadian itu didakwa berlaku apabila Son mengambil sepakan sudut pada separuh masa kedua perlawanan berkesudahan seri 2-2 dalam Liga Perdana, Ahad lalu.

- Advertisement -

Kelab itu sebelum ini pernah menghukum peminat pengharaman seumur hidup berikutan kejadian perkauman.

Dalam satu kenyataan, Chelsea menyatakan tingkah laku diskriminasi perkauman adalah benar-benar menjijikkan.

“Chelsea FC secara konsisten tidak bertolak ansur terhadap tingkah laku diskriminasi, namun masih ada orang bodoh seperti ini yang mengaitkan diri mereka dengan kelab ini sebagai peminat yang hanya memalukan Chelsea FC, jurulatih, pemain, kakitangan dan penyokong sejati kami,” kata kenyataan itu.

Kelab itu menyatakan sedang menyiasat kejadian itu dan jika dikenal pasti, individu terbabit akan berdepan tindakan keras daripada kelab.

“Perbuatan itu tidak mempunyai tempat di Chelsea atau dalam mana-mana komuniti kami,”

Kempen ‘Katakan Tidak Kepada Kebencian’ yang telah lama dijalankan melancarkan inisiatif terbaharu pada Ahad lalu, yang memberikan panduan di bahagian belakang setiap kerusi mengenai cara penyokong boleh melaporkan dakwaan berbaur perkauman, sama ada melalui teks atau kod bar telefon pintar.

Chelsea percaya bahawa mengenal pasti tempat duduk sesuatu kejadian berlaku atau dilaporkan akan membantu meningkatkan peluang individu terbabit ditangkap. – BBC FOOTBALL

- Advertisement -