Perundangan, Perlembagaan dan adat atau amalan

- Advertisement -

SAYA ingin berkongsi mengenai apa itu Undang-undang Perlembagaan dan beza Undang-undang Perlembagaan dengan Adat Perlembagaan, atau Konvensyen Perlembagaan (constitutional convention).

Ini kerana saya dapati ada laman Youtube yang mengkritik pembentangan kertas kerja yang saya bentangkan pada 10 Ogos di UPSI apabila saya menyatakan bahawa Adat Perlembagaan atau constitutional convention tidak mempunyai kesan undang-undang atau legal force.

Apabila menyebut Undang-undang Perlembagaan, bagi Perlembagaan bertulis ia merujuk kepada apa yang ditulis dalam Perlembagaan. Perkara yang di luar Perlembagaan itu adalah amalan Perlembagaan, constitutional practices atau constitutional convention, Konvensyen Perlembagaan. 

Kedudukan Konvensyen Perlembagaan ialah, ia menjadi amalan, tetapi ia tidak mengikat mahkamah untuk membuat keputusan berasaskan kepada amalan tersebut. Mahkamah walau bagaimanapun tidak dihalang untuk menerima amalan tersebut. 

Sebagai contoh, pada amalannya, Perdana Menteri akan membuat permintaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi tujuan premature election atau pilihan raya sebelum berakhir hayat Parlimen (bukan kerana Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti). 

Perlembagaan tidak menyatakan siapa yang boleh meminta pembubaran Parlimen. Justeru itu, adalah menjadi amalan, atau convention untuk Perdana Menteri yang meminta pembubaran Parlimen. 

Walaupun begitu, bagi negara yang tidak mempunyai Perlembagaan bertulis, konvensyen ini lebih kuat untuk mengikat mahkamah berbanding Perlembagaan bertulis. 

Jangan silap faham mengenai kedudukan undang-undang adat di negara kita. Sekiranya adat itu dikanunkan atau dimasukkan dalam Perlembagaan, maka ia mempunyai kesan undang-undang dan mengikat kerana ia adalah Undang-undang Perlembagaan.

Yang dimaksudkan dengan Konvensyen Perlembagaan ialah amalan Perlembagaan, bukan Undang-undang Adat.

Bagi pelajar Undang-undang Perlembagaan, perkara ini adalah jelas kerana ia perkara asas dalam Undang-undang Perlembagaan. 

Namun, bagi mereka yang tidak mempelajari Undang-undang Perlembagaan, ia mungkin menjadi suatu yang mengelirukan sehingga tidak boleh membezakan Adat Perlembagaan dan Undang-undang Adat. 

Ia adalah dua perkara berbeza. Yang penting, jangan keliru. Untuk kefahaman, para pembaca boleh merujuk kepada tulisan beberapa orang ahli akademik. Di bawah adalah salah satu contoh.

The Application of the Constitutional Convention in Malaysia
Nazri Muslim, Osman Md Rasip, Khairul Hamimah Mohammad Jodi, Abdullah Ibrahim & Otong Rosadi
Online Published: May 25, 2020
doi:10.5539/jpl.v13n2p155 URL: https://doi.org/10.5539/jpl.v13n2p155

Abstract
In Malaysia, there is no one institution that can outdo the supremacy of the Federal Constitution. Even the three government bodies that refer to the power separation doctrine which is the legislative, judiciary and executive bodies even the Yang di-Pertuan Agong are under this Federal Constitution. The constitution can be divided into two, written and non-written constitution. The written constitution is the form of constitution that is gathered and arranged in one document. The non-written counterpart encompasses all of the constitutional principles not compiled in one document such as the law endorsed by the Parliament and the verdicts of the court such as in the United Kingdom. Other than the constitution, there are certain practices that are thought to be part of the principles of the constitution. This is known as the Constitutional Convention or the customary practice of the Constitution. Constitutional convention is a non-legislative practice and it is similar to the political ethics and not enforced in court. Although it seems trivial, it is important for this practice to be complied with, otherwise it is difficult for the constitution to work successfully as the constitutional convention cannot be brought to court and forced to be obeyed. Thus, the discussion of this article rests on the constitutional convention in terms of the social contract, the appointment of the Prime Minister, the appointment of the country’s main positions and collective responsibility.

Adat dalam Perlembagaan dan Adat Perlembagaan

Adat dalam Perlembagaan adalah tidak sama dengan Adat Perlembagaan. Saya bimbang kekeliruan berlaku apabila tidak dibezakan antara adat dalam Perlembagaan dan Adat Perlembagaan. 

Adat Melayu atau adat resam yang diamalkan sejak dari dahulu dan dimasukkan dalam Perlembagaan adalah adat yang menjadi sumber kepada peruntukan atau asas kepada peruntukan Perlembagaan. 

Adat ini dikanunkan dan menjadi sebahagian daripada Perlembagaan. Adat juga pada banyak keadaan, dimasukkan dalam peruntukan undang-undang lain selain Perlembagaan.

Justeru itu, sekiranya adat Melayu tersebut dimasukkan dalam Perlembagaan bertulis, maka ia membentuk Undang-undang Perlembagaan dan mempunyai kesan undang-undang. 

Di sini, adat Melayu adalah sumber kepada undang-undang, sama ada Perlembagaan atau undang-undang lain.

Dalam konteks Undang-undang Perlembagaan, Adat Perlembagaan atau juga dikenali sebagai Amalan Perlembagaan atau Konvensyen ialah Amalan Perlembagaan yang tidak dimasukkan dalam Perlembagaan yang bertulis. 

Ia menjadi amalan Perlembagaan dan tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang. Contoh telah saya berikan dalam posting saya sebelum ini.

Saya sekali lagi harap para pembaca tidak terkeliru mengenai adat sebagai sumber Perlembagaan dan Adat atau Amalan, atau Konvensyen Perlembagaan.

PROF. MADYA DR. SHAMRAHAYU AB AZIZ
Penyandang Kursi Intitusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi MARA – HARAKAHDAILY 19/8/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -