Legenda ragbi All Blacks syukur isteri sudah berhijab

Kapsyen: Sonny Bill Williams dan isterinya, Alana bersama empat anak mereka. (FOTO Instagram Sonny Bill Williams)
- Advertisement -

Oleh ZULHAIDI MANSOR

LONDON: Bekas pemain ragbi Muslim All Blacks, Sonny Bill Williams melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dengan perubahan isteri tercintanya, Alana yang kini memilih untuk berhijab.

“Isteriku sudah berhijab. Alhamdulillah, isteri saya mengambil keputusan untuk memakai tudung. Inilah satu detik paling manis dan membanggakan dalam hidup saya,” katanya kepada 1 juta pengikut Instagram miliknya.

Menurut laporan Newstimes, Williams pertama kali bertemu Alana di sebuah kedai runcit di tempat dia bekerja pada tahun 2013, tetapi pada mulanya isterinya itu enggan memberikan nombor telefonnya.

- Advertisement -

Beberapa minggu kemudian, pasangan itu mengadakan temu janji dengan ditemani oleh sepupu Alana dan suami sepupunya.

Williams mendedahkan dalam autobiografinya, You Can’t Stop The Sun From Shining, beliau dan isterinya berkahwin hanya empat minggu selepas bertemu, mengakui pasangan itu tidak pernah bercinta ketika mereka mengikat tali pertunangan

Williams dan isterinya kini mempunyai empat anak bersama, dan beliau menghargai dedikasi mereka terhadap
Islam.

Beliau mempelajari agama Islam ketika bermain untuk salah satu pasukan Perancis dan memeluk Islam pada tahun 2008.

Menurutnya lagi melalui instagramnya, beliau berdoa agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan buat isterinya itu.

“Apa yang istimewa ialah apabila mengetahui dia (isterinya) telah melakukannya (berhijab) demi Allah SWT dan bukan orang lain,” ujarnya dalam Instagram berkenaan. – HARAKAHDAILY 19/8/2022

- Advertisement -