Kunjungan Dr Bala jalin kerjasama PAS, DHPP dan Bersatu

- Advertisement -

Oleh AWANG AZWAN AWANG TAIB

BINTULU:
Pertemuan demi pertemuan yang telah dibuat oleh PAS Bintulu telah menjadi lembaran baru dalam arena politik tanah air.

Hari ini, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Dr Balachandran Gopal Kishnan berkunjung ke Bintulu dan berjaya menjalinkan kerjasama erat antara PAS, DHPP Sarawak dan parti Bersatu.

- Advertisement -

Pertemuan itu dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Bintulu, Abdul Halim Abdul Kadir dan pimpinan Bersatu Sarawak diketuai oleh Lt Madya (B) Duke, dan wakil DHPP Sarawak.

Beliau dalam sesi perjumpaan hari ini melontarkan kata-kata motivasinya memberi kekuatan dan semangat perpaduan kepada hadirin terutama kepada ahli-ahli DHPP Sarawak.

Pertemuan itu adalah kunjungan singkat Dr Balachandran ke Bintulu sebelum meneruskan perjalanan ke Sabah untuk menghadiri program parti di sana.

Beliau amat berbesar hati walaupun hanya kunjungan singkat tetapi berpeluang bertemu pimpinan PAS, DHPP dan Bersatu dalam program tea-break yang diatur PAS Bintulu.

Abdul Halim juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Balachandran serta pimpinan DHPP Sarawak dan Bersatu kerana dapat bersama dalam acara singkat bersama DHPP Pusat.

Dengan kekuatan yang ada, PAS dan Bersatu Sarawak bersetuju menerus usaha perpaduan ummah dalam arena politik Sarawak. – HARAKAHDAILY 19/8/2022

- Advertisement -