KASA laksana projek tebatan banjir di Membakut

Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, mendengar penerangan mengenai projek tebatan banjir
- Advertisement -

MEMBAKUT: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan projek tebatan banjir dengan membina laluan banjir Sungai Membakut ke Sungai Binsuluk.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata projek yang membabitkan kerja pengorekan sungai, pembinaan pintasan sungai dan struktur penstabilan tebing, dimohon dalam Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

- Advertisement -

“Sejak 2019, kawasan daerah Membakut mengalami banjir beberapa kali,” katanya selepas lawatan kerja di sini, iaitu yang pertama di Sabah, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, KASA-JPS juga melaksanakan Kajian Pembangunan Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Membakut yang merangkumi empat sungai, iaitu Sungai Membakut, Sungai Damit, Sungai Terusan dan Sungai Binsulok.

Projek tebatan banjir di Membakut untuk mengatasi masalah banjir

Katanya, kajian ini bertujuan mengenal pasti masalah banjir di kawasan terlibat dan perancangan penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Kajian kini berada di peringkat kerja ukur pada 1 Ogos lalu dan dijangka siap pada 1 Februari 2023 dengan kos RM476,171,” katanya – HARAKAHDAILY 19/8/22

- Advertisement -