PRU15: PAS fokus agenda satu lawan satu dengan PH

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) akan terus berusaha menjayakan Penyatuan Ummah dan memberi fokus bagi memastikan agenda satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang dapat dicapai.

Agenda ini memerlukan penyatuan parti-parti politik Melayu-Islam bagi mengelakkan pertembungan seperti yang berlaku dalam PRU-14 yang lalu. Kemenangan Pakatan Harapan (PH) jelas menjadi mimpi ngeri buat rakyat dan negara.

Pemerintahan PH selama 22 bulan telah membawa banyak masalah bukan sahaja kepada kepentingan rakyat bahkan juga kepada kedaulatan negara dan kepentingan umat Islam serta bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Prinsip PAS dalam politik adalah jelas dan PAS akan berusaha menyatukan parti-parti politik Melayu sebelum PRU-15 melalui apa jua kaedah dan cara selagi tidak bercanggah dengan syariat dan dasar parti.

Penyatuan ummah ini akan dilakukan dengan berasaskan kepada tiga prinsip utama yang telah digariskan oleh Presiden PAS, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar beliau iaitu:

1. Adil Kepada Semua.
2. Satu Keluarga Malaysia.
3. Islam Memimpin.

Seiring dengan slogan ‘Islam Menyatukan Ummah’, PAS menyeru kepada semua pihak untuk mendukung agenda penyatuan ummah ini dan bersama membina semula negara Malaysia yang sejahtera.

“Islam Menyatukan Ummah”

YB SENATOR IR. TS. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) – HARAKAHDAILY 18/8/2022

- Advertisement -