Gagasan OKU Muqarabun dedah OKU terhadap amalan agama

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL|Foto CHAN MANZIL

KOTA BHARU:
Gagasan OKU Muqarabun yang digubal di Kelantan 15 tahun lalu sehingga sekarang berjaya membentuk golongan OKU yang mempunyai penghayatan tinggi terhadap agama.

Ketua Duta OKU Kelantan, Mohammad Kufri Omar berkata, gagasan tersebut turut diperluaskan ke Kedah, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Katanya golongan OKU di negeri terbabit sudah menerima pendedahan mengenai Gagasan OKU Muqarabun.

Advertisement

“Usaha itu disemarakan dengan bantuan agensi kerajaan negeri Kelantan termasuk Pusat Kajian Strategik serta Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita.

“Kami turut bekerjasama dengan Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia dan Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Negeri Kelantan (MPPOK),” katanya ketika ditemui pada pelepasan program jelajah OKU Muqarabun ke Pahang di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar hari ini.

Delegasi itu disertai 15 OKU Kelantan. Pelepasannya disempurnakan Pengarah Pusat Kajian Strategik Dr Wan Nik Wan Yussof.

Mohammad Kufri juga berkata, program itu merupakan kali kedua Jelajah OKU Muqarabun ke Pahang dalam usaha bagi mengembangkan lagi gagasan tersebut yang bermula di Kelantan. – HARAKAHDAILY 18/8/2022