Pernah dengar tak Spinal Mascular Atropy?

- Advertisement -

SAYA dimaklumkan adik Mohd Atif Fahri Bin Mohd Farhan disahkan menghidap Spinal Mascular Atropy (SMA) oleh pakar perubatan.

Spinal Muscular Atrophy (SMA) adalah penyakit genetik otot-saraf (neumuscular genetic disorder) yang ditandai dengan kelumpuhan otot.

Spinal Mascular Atropy (SMA) adalah kelumpuhan otot, terutama pada kedua kaki. Meski pun begitu, sumber utama kelumpuhan bukan disebabkan oleh rosaknya sel-sel otot.

Ianya lebih kepada kelumpuhan murni disebabkan oleh rosaknya sel-sel saraf pada sumsum tulang belakang (spinal cord).

Di seluruh dunia hanya ada beberapa kes sahaja setakat ini. Kos rawatan juga memanglah mahal, membabitkan jutaan Ringgit.

Untuk makluman netizen semua, cabutan bertuah diadakan untuk memilih penghidap sakit ini seluruh dunia untuk diberikan rawatan. Cabutan bertuah dilakukan setiap 2 minggu sekali.

Saya memerlukan doa semua netizen di luar sana untuk sama-sama mendoakan agar adik Mohd Atif terpilih untuk menjalani rawatan penyakit ini.

USTAZ MOHD TARMIZI YAHAYA
ADUN Panching – HARAKAHDAILY 17/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -