Kesatuan ummah

FIRMAN Allah S.W.T dalam surah al-An‘am, ayat 153:

Advertisement

‎وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِى مُسْتَقِيمًا فَٱتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِۦ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

 “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.”

Menjadi tugas ulamak untuk menegur apabila berlakunya perbuatan-perbuatan yang tidak selari dengan agama Islam. 

Namun jika kita perhatikan hari ini, ulamak yang mengajak supaya kembali kepada ajaran Islam yang benar akan dianggap sebagai pemecah-belah ummah.

Akibat terlalu meletakkan keyakinan atas kumpulan masing-masing, umat Islam terus bertelagah sehingga ada kumpulan yang mengiyakan perkara yang dilarang dalam agama.

Slogan ‘kembali kepada al-Quran dan Sunnah’ semakin tenggelam dengan kepercayaan yang tiada sandaran. 

Slogan ‘berlapang dada pada perselisihan dan bersatu padu pada yang disepakati’ semakin lama semakin luntur ditelan zaman. 

Umat Islam semakin berpecah demi kepentingan kumpulan dan peribadi bukan lagi kepentingan menjunjung perintah Nabi S.A.W yang mengutamakan perpaduan ummah.

Sesungguhnya, perpecahan kesatuan ummah puncanya adalah akibat daripada tidak berhukum kepada al-Quran dan panduan al-Sunnah Nabi S.A.W. 

Marilah kita umat Islam segera memperbetulkan kefahaman terhadap pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah supaya kewibawaan Islam sebagai satu Ad-Din yang lurus dapat terus dipertahankan.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 17/8/2022