Islam dan penyelidikan

- Advertisement -

“ISLAM ialah agama yang berdiri di atas ilmu, fakta dan penyelidikan.”

Petang semalam saya bertemu warga akademia, bersama pegawai penyelidik JAKIM, agensi Islam negeri-negeri, para penyelidik dan pegawai dari Kementerian-kementerian dan Pejabat SUK Negeri-negeri dalam program Konvensyen Penyelidikan Islam Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM.

Konvensyen ini merupakan salah satu platform perkongsian kepakaran kepada jabatan serta agensi kerajaan dalam memperkasakan dasar dan halatuju pentadbiran negara.

Petang semalam saya melancarkan Pusat Maklumat Penyelidikan Islam seliaan Bahagian Penyelidikan JAKIM pusat sehenti secara maya berkongsi hasil-hasil kajian JAKIM dengan masyarakat. Ia boleh dilayari melalui alamat https://ciri.islam.gov.my/.

Selain itu, untuk memperkasa kajian dan penyelidikan Hadis, JAKIM melalui Bahagian Penyelidikan telah mengambil langkah awal menubuhkan Pusat Penyelidikan Hadith untuk menyelaras kajian dan rujukan Hadis kepada masyarakat. Pemerkasaan Pusat ini akan dilakukan secara berterusan. 

Didoakan semoga konvensyen yang buat pertama kali diadakan ini dapat memberikan manfaat kepada agensi Islam dan pentadbiran negara terutama dalam bidang penyelidikan Islam. Kita mesti meneruskan usaha ini.

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 17/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -