Terus pulihara tulisan Jawi seiring kemajuan teknologi

TULISAN Jawi memainkan peranan penting dalam perkembangan tamadun bangsa Melayu, dengan penghasilan pelbagai khazanah dan karya agung yang menggunakan tulisan Jawi. 

Seperti dalam Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Raja-raja Pasai, Hukum Kanun Melaka dan sebagainya. Kini, tulisan Jawi terus digunakan dalam hal pentadbiran, pendidikan dan lain-lain. 

Penganjuran Seminar Jawi dan Teknologi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, hari ini adalah suatu usaha yang baik dan bertepatan dalam usaha mempromosikan dan mengetengahkan tulisan Jawi. 

Tulisan Jawi perlu dibudayakan dalam kehidupan seharian agar ia terus subur, dan generasi akan datang dapat turut merasai keindahan tulisan Jawi.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atas penganjuran Seminar Jawi dan Teknologi pada kali ini. 

Semoga ilmu ini memberikan manfaat untuk kita semua dan generasi akan datang. 

Tulisan jawi harus sentiasa dipulihara, agar terus dimartabatkan seiring dengan kemajuan teknologi dan multimedia.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 16/8/2022

Advertisement