Akademi Daie Muda YADIM sesi baharu dilancarkan

- Advertisement -

“SEBAGAI pemimpin, saya risau jika suatu hari nanti meninggalkan generasi muda nanti dalam keadaan tidak baik”

Hari ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah melancarkan Akademi Daie Muda YADIM sesi baharu.

Program yang diselia oleh YADIM ini mempunyai misi yang amat besar dalam melahirkan ikon yang dapat menjadi contoh tauladan dengan nilai-nilai Islam yang indah kepada masyarakat serta anak muda di negara kita.

Hari kita melihat pelbagai serangan pemikiran melalui media sosial oleh pihak-pihak yang ingin merosakkan anak muda dan menjauhkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar.

Justeru, para daie inilah yang perlu ke depan menjadi benteng untuk bantu pertahan masyarakat dan anak muda kita. 

Para daie perlu turun ke medan sepertimana Nabi-nabi yang terdahulu turun ke medan mendepani umat mengajak mentauhidkan Allah.

Saya mahu peserta Akademi Daie Muda YADIM untuk aktif di media sosial. Kalau tidak kita yang mengisi kandungan yang baik di media sosial, orang lain setiap detik mengisinya dengan pelbagai kandungan hiburan dan pengisian yang tidak berfaedah.

Saya berpesan untuk menjadi seorang daie yang unggul perlu ada 4 perkara dalam diri. Pertama, ilmu dan berguru dengan guru yang mursyid. Kedua, perlu mempunyai penampilan yang baik dan sentiasa kemas. Seterusnya petah bercakap dan berbicara dan akhir sekali mempunyai akhlak yang mulia.

Didoakan semoga 28 pelatih Akademi Daie Muda YADIM 2022 dapat menimba ilmu dan hikmah daripada para Murabbi dan tenaga pengajar YADIM.

Selamat maju jaya anak muda!

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 16/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -