Adab, akhlak Islam masyarakat makin tipis

Imej daripada video yang tular menunjukkan seorang lelaki menyerang seorang pelajar pusat tahfiz berdekatan Jalan Cheneras di Kuala Lipis, Pahang pada 9 Ogos 2022.
- Advertisement -

Oleh  ZULHAIDI MANSOR

KUALA LUMPUR: Senario terkini dalam masyarakat di negara ini agak membimbangkan dan perlu diambil serius kerana dikhuatiri sudah semakin tipis adab dan akhlak Islam mereka.

Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) berkata pihaknya berasa kesal dengan insiden seorang tenaga pengajar dan seorang pelajar sebuah pusat tahfiz berdekatan Jalan Cheneras di Kuala Lipis, Pahang cedera dipukul sekumpulan lelaki pada Jumaat lalu.

- Advertisement -

Dalam kejadian itu, lima lelaki berusia dalam lingkungan 30-an menyerbu pusat tahfiz berkenaan sebelum turut mencederakan pelajar yang berusia 11 tahun tersebut.

Sehubungan itu, Geng Ustaz dalam kenyataannya menyeru semua pihak kerajaan, rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan semua parti politik bersatu menjalankan usaha mendidik dan memulihkan semula nilai akhlak mulia dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Geng Ustaz mengutuk sekeras-kerasnya kepada perlakuan keganasan di pusat tahfiz tersebut. Perlakuan biadap sebegitu tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi di tempat menuntut ilmu Allah yang sepatutnya menjadi satu tempat yang selamat dan harmoni,” ujar kenyataan tersebut kepada HarakahDaily. 

Justeru, Geng Ustaz menyeru pihak berkuasa digesa agar segera menjalankan siasatan dan mengheret kesemua suspek  ke muka pengadilan supaya menjadi pengajaran pada  masa akan datang.

Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) berkata, rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak kerajaan dan seluruh parti politik diseru untuk menjalankan usaha usaha memulihkan dan mendidik nilai akhlak mulia dalam kalangan masyarakat.

“Geng Ustaz mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pelaku keganasan tersebut. Perlakuan biadap tersebut tidak sepatutnya berlaku lagi lagi di tempat menuntut ilmu Allah yang sepatutnya menjadi satu tempat yang selamat dan harmoni,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan, dua pekerja bengkel kimpalan ditahan pada Jumaat lepas susulan insiden berkenan menyebabkan  seorang ustaz (tenaga pengajar) menerima empat jahitan di mata kanan dan tangan cedera serta badan lebam dalam kejadian kejadian jam 5.10 petang itu.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.43 petang Jumaat, yang dibuat oleh seorang pelajar tahfiz berusia 11 tahun, yang turut mengalami kecederaan di badan ketika bersama ustaz terbabit.

Susulan itu, baki tiga suspek ditahan pada Selasa, dan semakan polis mendapati, dua daripada suspek terbabit mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah. – HARAKAHDAILY 16/8/2022

- Advertisement -