Cedera parah diserang, salah Salman Rushdie sendiri! – Iran

- Advertisement -

TEHERAN: Salman Rushdie dan penyokongnya adalah pihak yang harus dipersalahkan atas serangan terhadap dirinya di pentas sebuah majlis bual bicara di Chatauqua, New York pada Jumaat (12 Ogos lalu).

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh kerajaan Iran ketika mengulas insiden yang menimpa Rushdie yang kini sedang pulih selepas dirawat di hospital susulan ditikam berulang kali oleh suspek dikenali sebagai Hadi Matar.

- Advertisement -

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani berkata, kebebasan bersuara tidak membenarkan penghinaan Rushdie yang dilakukan terhadap agama dalam tulisannya, lapor Reuters.

Penulis kelahiran India itu meraih kontroversi global sejak penerbitan novelnya pada tahun 1988, The Satanic Verses, yang dilihat oleh orang Muslim sebagai mengandungi petikan yang bersifat fitnah dan mencemarkan kesucian agama Islam.

Pada 1989, Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ruhollah Khomeini mengeluarkan fatwa, yang menyeru umat Islam untuk membunuh penulis novel dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam penerbitan buku itu.

Kemudian menjelang 1998, kerajaan Iran mengmumkan ia  tidak lagi menyokong fatwa itu, dan Rushdie telah hidup secara terbuka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Salman Rushdie mendedahkan dirinya kepada kemarahan 1.5 bilion orang Muslim di seluruh dunia dengan menghina kesucian agama Islam,” tegas Kanaani. – HARAKAHDAILY 15/8/2022

- Advertisement -