BN yakin rampas Terengganu dan Kelantan?

PERTAMAhino sangat ke rakyat Kelantan dan Terengganu sehingga perlu memilih BN sebagai kerajaan pada PRU15?

Kenyataan BN untuk merampas Kelantan dan Terengganu daripada PAS merupakan satu agenda merendahkan maruah rakyat di Kelantan dan Terengganu.

Rakyat Kelantan dan Terengganu pastinya masih mempunyai maruah untuk memilih sebuah parti yang pemimpinnya terpalit dalam pendakwaan isu rasuah dan penyelewengan.

Walau rasuah dan maruah ini berbeza huruf pertama sahaja, tapi bezanya sangat besar.

Begitu terdesakkah rakyat Kelantan dan Terengganu untuk memilih parti sedemikian mentadbir kedua negeri ini?

Pastinya tidak. Jangan merendahkan maruah kami orang Kelantan dan Terengganu. Tak malu ke tawarkan parti sebegini untuk orang Kelantan dan Terengganu. 

Ironinya, sejak 1990 didengari Umno tekad rampas Kelantan. Tiap kali itulah juga Umno berputih mata. Maaf, cakap mengok sikit dengan orang tak reti baso.

Kedua, hairan juga kita melihat Tok Mat bersungguh untuk merampas Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan PAS.

Ironinya sebelum ini dengan tidak malunya selalu menyalahkan PAS di atas kelemahan Muafakat Nasional. Namun, hari ini pemimpin PAS masih tegar mempertahankan Muafakat Nasional.

Saat BN berterusan menyeru kepada ‘peperangan’, PAS masih menghulurkan tangan perdamaian. Namun, jangan pijak maruah PAS dengan kenyataan cari pasal sebegini.

Keegoan BN-lah yang menumbangkan BN dalam PRU14. Nampaknya keegoan tersebut kembali menyelubungi BN.

Sebagai seorang yang masih menganggap diri ini sebagai kawan, ingin saya pesan kepada BN sedarlah diri sebagaimana awal kekalahan dahulu, yang menunduk dan merendah diri.

Jangan hanyut dalam keegoan sebagaimana sebelum kekalahan, kerana sejarah akan tetap mengulangi riwayatnya. Sejarah kekalahan dan sejarah kejatuhan paling dalam.

Saya akhirnya penulisan ini dengan kalam dari Menteri Besar Kedah, “hampa nak kawan hampa mai, hampa nak lawan hampa tunggu…”

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 15/8/2022

Advertisement