Inisiatif kerajaan perlu diperluas ke pedalaman

- Advertisement -

Oleh AIZAL SAMSARUDDIN

SANDAKAN:
Pelbagai inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan kerajaan Persekutuan dan negeri di Sabah dapat membantu golongan muda khususnya berkaitan pendidikan dan peluang pekerjaan.

Ketua Lajnah Pengguna, Pekerja dan Alam Sekitar, Asrul Samat berkata, Pemuda PAS Sabah menyambut baik inisiatif tersebut yang dirangka oleh kerajaan untuk membantu golongan muda.

Katanya, program seumpama itu sesuai dilaksanakan secara fizikal, kerana orang awam boleh terus mendapatkan informasi secara lebih dekat dan terperinci daripada agensi kerajaan.

- Advertisement -

“Pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi seperti ini perlu diperluas dan digiatkan lagi agar lebih ramai golongan muda di Sabah memperoleh manfaat,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap program seumpama itu diperluaskan ke seluruh Sabah dengan skala lebih besar dan pengisian yang bersesuaian mengikut lokaliti.

Menurutnya program seumpama itu sebelum ini biasanya hanya diadakan di Kota Kinabalu sahaja menyebankan belia di pedalaman kurang mendapat peluang yang disediakan kerajaan.

“Pemuda PAS Sabah akan terus komited untuk terus bersama-sama melaksanakan usaha ke arah melahirkan lebih ramai anak muda Sabah yang berpendidikan dan mempunyai pekerjaan, seterusnya menjadi tulang belakang kepada pembangunan Sabah.

“Pemuda PAS Sabah menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan seperti Karnival Kerjaya serta program Jom Masuk IPT kerana program sedemikian sesuai untuk menyalurkan informasi khususnya kepada golongan muda yang sedang mencari pekerjaan dan ingin melanjutkan pelajaran,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/8/2022