Wanita berpakaian ihram lelaki, tindakan tegas akan dikenakan

Datuk Idris Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Idris Ahmad mengambil berat perkara yang telah ditular dakwaan yang melaporkan seorang wanita yang mengerjakan umrah, namun berpakaian ihram lelaki.

Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) itu berkata isu tersebut melibatkan hukum hakam agama.

- Advertisement -

“Tindakan tegas akan dikenakan,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, malam ini.

Menurut beliau, pihaknya telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya memohon pihak KDN untuk membuat siasatan lanjut setibanya individu tersebut di Malaysia nanti.

“Saya juga telah menghubungi pihak MOTAC untuk memastikan jika perkara ini benar, tindakan tegas juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu tersebut,” katanya lagi.

Sejak semalam, tular di Twitter mengenai wanita berkenaan susulan videonya berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki. – HARAKAHDAILY 12/8/2022

- Advertisement -