PN diwujud di setiap kawasan parlimen di Kelantan

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN | Foto RIZAL TAHIR

KOTA BHARU:
Penubuhan Perikatan Nasional (PN) peringkat kawasan di Kelantan sedang giat dijalankan dan ia dijangka selesai sebelum ulang tahun penubuhannya pada 21 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, setakat ini PAS diberi peluang untuk memimpin PN sebanyak lapan kawasan dan selebihnya diketuai Bersatu.

“Sekarang kita dalam proses membentuk kepimpinan di peringkat kawasan yang dikenali sebagai Perhubungan PN Kawasan.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, usaha itu kini sedang berjalan dengan baik dan dijangka selesai sebelum 20 Ogos ini.

“Ini kerana 21 Ogos akan diadakan sambutan dua tahun penubuhan PN peringkat negeri Kelantan yang akan dibuat secara besar-besaran,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Grand Reenai, di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Azhar Salleh; Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Engku Rajhan Engku Ismail dan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Dr Johari Mat.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, hubungan PAS dengan Bersatu di Kelantan sentiasa baik kerana kedua-dua parti itu merupakan komponen PN. – HARAKAHDAILY 12/8/2022

- Advertisement -