Becton, Dickson & Company labur RM300 juta di Kulim

KETUA Pegawai Eksekutif Invest Kedah Berhad, Encik Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim telah dijemput menghadiri majlis pecah tanah kilang baharu Becton, Dickson and Company (BD).

Syarikat teknologi perubatan dunia itu telah melabur RM300 juta bagi memperluas kilang pengeluarannya di Kulim, Kedah untuk pemindahan produknya dari Amerika syarikat ke negeri itu.

Kilang baharu di kawasan perusahaan Kulim akan diperluas ke tahap 67 peratus daripada 165,000 kaki persegi ke 275,000 kaki persegi dengan tarikh siap bagi kemudahan di kawasan tersebut, dijangka menjelang akhir tahun 2023, manakala pindahan produk siap akan selesai dalam tempoh tiga tahun.

Ketika ini kilang sedia ada yang telah bertapak sejak 1986 itu mampu menampung lebih 1,800 orang pekerja yang mengilang produk utama peralatan urologi setiap tahun untuk kegunaan penjagaan kesihatan pesakit di seluruh dunia dengan menggunakan 100 peratus pekerja tempatan di Kedah.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatnkuasa Industri dan Pelaburan Sains Tekonologi dan inovasi dan Pengajian Tinggi, Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail.

The Chief Executive Officer of Invest Kedah Berhad, Mr. Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim was invited to attend the groundbreaking ceremony for the new Becton, Dickson and Company (BD) factory.

The global medical technology company has invested RM300 million to expand its production plant in Kulim, Kedah to transfer its products from the United States to the state.

The new factory in the Kulim enterprise area will be expanded by 67 percent from 165,000 square feet to 275,000 square feet with the completion date for the facility in the area expected by the end of 2023, while the transfer of finished products will be completed within three years.

Currently, the existing factory which has been established since 1986 is able to accommodate more than 1,800 workers who manufacture the main products of urology equipment every year for the health care of patients around the world using 100 percent local workers in Kedah.

The ceremony was completed by the Chairman of the Industry and Investment, Science, Technology & Innovation and Higher Education Committee, Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail.

INVEST KEDAH – HARAKAHDAILY 10/8/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/620329024775957/posts/pfbid0WRWgbhKzbZZpFZ1VbcRxxK85xT94XaTTPtbbECzNy6HNWzKir3jMDuFWdhTL9Hwol/?d=n&mibextid=jusegr

Advertisement