Riadah tepi pantai sambil kutip sampah

- Advertisement -

RIADAH, bersiar-siar tepi pantai sambil kutip sampah. Ia boleh jadi aktiviti hujung minggu bersama keluarga atau kawan-kawan. Badan sihat, persekitaran lebih bersih. Kedua-duanya ajaran agama. Dapat pahala. 

Berlangsung pada pagi Sabtu, aktiviti Fun Walk n Plogging terhad untuk golongan wanita anjuran pertubuhan Ameerah Kawawasan Indera Mahkota di tepian Pantai Balok. 

Saya hadir untuk bersama-sama dalam aktiviti tersebut sebagai sokongan selain menyampaikan cenderahati kepada para peserta. 

Kira-kira 50 peserta terlibat dari kalangan anak-anak remaja dan kaum ibu serta para petugas Alam Flora. Ada di kalangan mereka yang membawa adik-adik dan anak-anak. 

Pantai nampak bersih, tetapi banyak juga sampah yang dikutip. Lampin bayi, puntung rokok, plastik, bungkusan makanan dan botol-botol minuman antara yang banyak ditemui. 

Ramai yang berkunjung ke pusat-pusat riadah dan peranginan terutama pada hujung minggu. 

Saya harap kita sama-sama ambil tanggungjawab memelihara kebersihan persekitaran walau di mana kita pergi.

Ia bukan tanggungjawab para petugas kebersihan semata-semata. Ia tanggungjawab kita semua. Apatah lagi kita sering diingatkan bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Semoga menjaga kebersihan akan menjadi budaya orang kita di mana sahaja berada.

YB ANDANSURA RABU
ADUN Beserah – HARAKAHDAILY 8/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -