Pertemuan penuh harmoni, hubungan sangat mesra

Oleh TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

SAYA juga mengambil kesempatan bertemu dengan pimpinan parti Perikatan Nasional (PN) Negeri Sabah sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Saya menceritakan sejarah pendaftaran PAS sebagai sebuah parti politik sebelum menyertai Pilihan Raya Umum 1959 adalah melibatkan kalangan bukan Islam berbangsa India.

Advertisement

Beliau telah diselamatkan oleh Dr. Haji Abbas Alias (Presiden PAS ke-2) daripada dihukum bunuh oleh penjajah Jepun. Atas mengenang jasa orang yang menyelamatkan dirinya, apabila Dr. Abbas datang ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan yang ketika itu dia adalah pegawai pendaftar pertubuhan telah meluluskan permohonan PAS sebagai parti politik.

Saya juga berkongsi pengalaman PAS dalam memimpin masyarakat majmuk di Kelantan, Terengganu dan Kedah serta cabaran federalisme yang dihadapi oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS.

Alhamdulillah pertemuan yang penuh harmoni membuahkan hubungan yang sangat mesra dan saling mengenali antara satu sama lain.

Terima kasih kepada Datuk Yong Teck Lee (Presiden SAPP), Encik Jalumin (Ketua Penerangan STAR), Datuk Armizan (SUSK Ketua Menteri Sabah) dan semua rombongan atas kesudian menghadiri pertemuan yang sangat bermakna ini. – HARAKAHDAILY 8/8/2022