Perkembangan PAS di Sabah semakin kukuh

ALHAMDULILLAH selesai lawatan kerja saya ke Sabah semalam, mengadakan Liqa Qiadi bersama Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah. Seterusnya merasmikan Konvensyen PAS Pilihanku Peringkat Negeri Sabah.

Saya bersyukur melihat perkembangan PAS Sabah yang semakin kukuh akar umbinya, pertambahan ahli yang kian meningkat, penubuhan kawasan dan cawangan baharu serta pengukuhan gerak kerja dakwah dan politik dalam suasana masyarakat majmuk yang harmoni.

Maudhu’ (tajuk) dakwah kita adalah Islam yang menyeluruh. Di sana adanya ibadah, dakwah, kebajikan, kemasyarakatan, ekonomi, termasuk urusan politik. Di sana adanya juga hikmah dalam pendekatan untuk mendekatkan mad’u (sasaran dakwah) kepada Islam.

Maka PAS memilih pendekatan demokrasi dengan menyertai semua pilihan raya, walaupun tidak dinafikan masih terdapat banyak kelemahan dan salah laku seperti penipuan dan rasuah.

PAS mendahulukan pendekatan damai, politik berdakwah dan mengilmukan masyarakat yang tenggelam dalam kejahilan terhadap Islam dan menegakkan Islam dalam aspek bernegara.

Terima kasih dan tahniah kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah atas kehadiran ahli yang sangat ramai dalam Konvensyen PAS Pilihanku Peringkat Negeri Sabah. Ia satu petanda yang positif ke arah PAS lebih kukuh dan kuat di Sabah.

Teruskan perjalanan. Siru ‘ala barakatillah.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PASHARAKAHDAILY 8/8/2022

Advertisement