Pembentukan Majlis Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan

- Advertisement -

PADA hari ini telah diadakan Mesyuarat Agong Kali Pertama Badan Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan yang dihadiri oleh anggota-anggota Badan Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan. 

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Dato’ Ustaz Idris Ahmad bertempat di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya.

Berdasarkan seksyen 49 Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 Peguam Syarie yang hadir telah memilih tiga belas anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan (MPSWP) untuk penggal kali pertama selama dua tahun. Sejurus pemilihan dimuktamadkan anggota MPSWP telah menetapkan pemegang jawatan bagi Badan Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan seperti berikut:

Presiden: Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Naib Presiden: En Musa Awang
Setiausaha: Puan Majdah Muda
Bendahari: Dato’ Hajah Hazizah Kassim

Ahli Jawatankuasa:

1. Tuan Haji Fakhrul Azman Abu Hasan
2. Puan Syamimi Abd Rahman
3. En Roshdan Sujak Rafie
4. En Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani
5. En Mohd Tajudin Abdul Razak
6. Tuan Haji Abd Razak Muhidin
7. Tuan Haji Abdul Halim Bahari
8. En Roslizam Rahim, dan
9. Dato’ Haji Sulaiman Abdullah

Pada hari ini juga MPSWP telah memutuskan oleh kerana pembentukan MPSWP ini baru dibuat setelah Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 dilaksanakan pada 21 Jun 2022 ini, semua hal ehwal pelaksanaan mengenai Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan sebelum ini diteruskan sebagaimana sebelum pembentukan MPSWP sehinggalah ada ketetapan lain dibuat oleh MPSWP pada masa akan datang ini.

Hal ini bagi membolehkan MPSWP meneliti kesemua peruntukan undang-undang dan kaedah yang akan diwartakan dalam masa terdekat.

Saya juga menyeru semua Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan agar merapatkan saf dan membantu MPSWP dari masa ke semasa bagi menjayakan agenda MPSWP. MPSWP adalah wadah kita semua. MPSWP perlu menjadi teladan kepada MPS yang bakal diwujudkan di negeri-negeri kelak.

DATO’ HAJI ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
Presiden
Majlis Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan
Sessi 2022/24 – HARAKAHDAILY 8/8/2022

- Advertisement -

Sumber Asal: https://www.facebook.com/1342285729/posts/pfbid02DyZS2TuALMNM1aFmgH3LSUEfScbVqjWiY7xgQqBm4SP4APXRUWXcb7UNQeFNYRsZl/

- Advertisement -