Bom lama ditemukan di tapak projek ECRL Maran

- Advertisement -

KUANTAN: Sebutir bom lama dipercayai jenis Trench Mortar HE 2inc ditemukan di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Sungai Paya Pasir, di Maran, semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, objek berkenaan ditemukan oleh seorang pekerja di tapak projek berkenaan sekitar jam 8 pagi.

- Advertisement -

Beliau berkata sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang telah ke lokasi penemuan untuk tindakan lanjut.

Katanya, UPB telah menemukan bom lama sepanjang 26 sentimeter (cm) dan ukur lilit 18 cm dalam keadaan berkarat sebelum ia berjaya dimusnahkan pada jam 4.30 petang.

“Orang ramai dinasihatkan agar melaporkan penemuan objek seumpama ini untuk tindakan pihak kami kerana kita bimbang letupan masih boleh berlaku,” katanya pada sidang media, di IPK Pahang, di sini, hari ini. – BERNAMA

- Advertisement -