677 pusat jagaan kanak-kanak,1,329 TASKA tidak berdaftar

Siti Zailah Yusoff
- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Sebanyak 677 pusat jagaan kanak-kanak dan 1,329 buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Yusoff berkata, sejak 2020 sehingga kini, sebanyak 247 tindakan penguatkuasaan ke atas pusat jagaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.

- Advertisement -

“Setakat ini, kita telah mengeluarkan 39 arahan bertulis, 12 pusat jagaan telah disita, sembilan dikompaun, tiga ditutup sementara 210 lagi dibatalkan pendaftarannya dan satu lagi telah didakwa.

“Sementara, sebanyak 13 buah TASKA tidak berdaftar telah diambil tindakan dengan jumlah kompaun sebanyak RM38,100 sejak 2020 sehingga Mei tahun ini,” katanya di Dewan Negara,  di sini, hari ini.

Siti Zailah berkata demikian menjawab soalan Senator Tan Sri Mohd Radzi Ahmad yang meminta kerajaan menyatakan jumlah pusat jagaan yang tidak berlesen dan tindakan yang diambil kementerian.

Tambah beliau, JKM telah mendaftarkan sebanyak 1,257 buah pusat jagaan kanak-kanak dan 2,964 buah TASKA di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984. – HARAKAHDAILY 8/8/2022

- Advertisement -