Skandal LCS: Heret pengkhianat sebenar ke mahkamah!

- Advertisement -

ISU Litteral Combat Ship (LCS) ini bukannya isu baru. Ia berlarutan lebih 10 tahun yang lampau. Di Dewan Rakyat sejak saya dipilih pada tahun 2018, hampir setiap kali sidang dan saya mempunyai peluang untuk bangun berucap berhubung isu Kementerian Pertahanan, isu LCS ini merupakan isu yang wajib untuk saya sebut. Mengikut rekod saya, sekurang-kurangnya empat kali saya bangkitkan di Dewan Rakyat berhubung isu ini sebagaimana berikut:

1. Ketika membahaskan Belanjawan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertahanan pada 27 November 2019. Ia dicatat di dalam hansard yang boleh diakses di pautan: https://www.labourlawbox.com/files/hansard/DR/pdf/DR-27112019.pdf?fbclid=IwAR1rk8DZC-FhgCNuUO-hsOtioO8rLerEcQY5nOAOJPfCWLBJ7gUKNhdwyJs&fs=e&s=cl dan dilaporkan di laman Harakahdaily di pautan : https://harakahdaily.net/index.php/2019/11/27/siasat-kelewatan-terima-6-kapal-lcs/?fbclid=IwAR0jxYjPpmZnte_JsA785lGdhzRS0WLYtNFAkqt-ATzIFX7FQ7i8NVDSXno&fs=e&s=cl .

2. Selain itu, saya juga telah menghantar soalan lisan yang dijawab oleh Menteri Pertahanan pada 31 Oktober 2019. Ia boleh diakses di pautan : https://pardocs.sinarproject.org/documents/2019-oct-dec-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2019-10-31-parliamentary-replies/par14p2m3-soalan-lisan-34.pdf?fbclid=IwAR2i9Ug_j6vcnB2K9xsF3IZTBzlrKoKm7ugF8MdlRzeymxoa6ijg6iHqaeo&fs=e&s=cl

3. Ketika berada di pihak kerajaan, saya sekali lagi pada Disember 2020 mengajukan soalan berhubung perolehan LCS ini ketika membahaskan Bajet 2021 di peringkat jawatankuasa kementerian pertahanan. Ia boleh dirujuk di pautan : https://www.youtube.com/watch?v=Fh0Yqoe1Db0

4. Terkini pada Mac 2022 ketika membahaskan Usul Menyokong Titah Diraja, sekali lagi saya menyentuh berhubung isu LCS ini dan ia boleh dirujuk di pautan : https://fb.watch/eJ47MdHEP8/

Justeru, apabila PAC yang mana saya turut menjadi salah seorang anggotanya telah membentangkan laporan penyiasatan berhubung isu ini, adalah amat wajar kepada kerajaan untuk menjalankan tindakan tegas dengan mengheret petualang yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

PAC mempunyai bidang kuasa yang terhad dan tidak mempunyai kuasa pendakwaan. Rakan-rakan di dalam PAC saya boleh katakan bertungkus lumus sebaik mungkin secara profesional memanggil seorang demi seorang saksi. Lawatan oleh anggota PAC ke Lumut Perak pun telah dibuat untuk meninjau isu ini secara dekat. 

Dalam hal ini, saya fikir ucapan tahniah wajar dirakamkan kepada Pengerusi PAC, MP Ipoh Timur YB Wong Kah Woh yang mempengerusikan Jawatankuasa PAC yang pada hemat saya telah melaksanakan tugas sebaik mungkin bukan sahaja dalam isu ini bahkan isu-isu lain – termasuklah isu-isu yang adakalanya berkait dengan pentadbiran kerajaan di era Pakatan Harapan!

Sekarang, laporan PAC telah dibentang dan didedahkan. Lebih RM6 bilion duit rakyat hangus untuk projek yang semasa pembayaran dibuat, pelan kapal pun tak siap! Bayangkan, pembayaran dibuat, pelan kapal pun masih belum siap. Laporan PAC boleh dibaca di : https://www.parlimen.gov.my/pac/publication-details.html?id=66&fbclid=IwAR3CD6PBHh2VMuT90qFqEIAikAMONkQg47_et4Pz3r6rm111-c6iQqLqre8

Saya mendesak, kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri hari ini, heretlah petualang berkenaan di muka pengadilan. Tolong jangan kata SPRM tiada maklumat. Tolong jangan perbodohkan rakyat. SPRM ada maklumat, ada data. Perdana Menteri yang masih ada kuasa berbaki ini, sebelum bubar Parlimen, cuba sikit tunjuk jantan. Jangan bimbang, Perdana Menteri yang ada sekarang tidak terbabit. Orang lain, saya kurang pasti.

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda PAS Pusat – HARAKAHDAILY 6/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -