Sebar mesej perpaduan bersama kerajaan GRS

- Advertisement -

Oleh BASITH SAMAD

KOTA KINABALU:
Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Sabah ke-35 di Hotel Golden Sembulan di sini semalam dihadiri perwakilan daripada seluruh negeri termasuk Kota Kinabalu, Tuaran, Silam, Semporna, Putatan, Batu Sapi dan Kinabatangan.

Muktamar tersebut mengangkat tema ‘Memperkukuh Perpaduan, Mengisi Kemenangan’ merupakan muktamar pertama secara fizikal pertama selepas Malaysia memasuki fasa endemik.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Sabah, Hendri Hamsah berkata, pemuda PAS perlu memain peranan bagi melebarkan lagi mesej perpaduan, keselesaan dan kestabilan politik dalam kerajaan negeri sekarang.

Sementara itu sempena muktamar terbabit beberapa anugerah disampaikan termasuk Anugerah Dewan PAS Kawasan (DPPK) Terbaik dan Anugerah DPPK Harapan yang masing-masing disandang DPPK Sepanggar dan DPPK Kudat.

Selain itu menobatkan Sahar Abdul Majid dan Anuar Ali sebagai penerima Anugerah Tokoh Pemuda manakala Jumat Jamaluddin serta Irwan Hamdan sebagai penyandang Anugerah Pemuda Istiqamah

Turut hadir pada muktamar tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohamad Nadzim Ahmad Azmi. – HARAKAHDAILY 7/8/2022

- Advertisement -