Keluarga bekas AJK Muslimat Tuaran penerima pertama SkimPAS

- Advertisement -

Oleh NUR MARLYANNAH UMAR

KOTA KINABALU:
Waris allahyarhamah Shaika Shuhada Mohd Aminuddin yang meninggal dunia 1 Julai lalu di Hospital Likas akibat kanser paru-paru menerima manfaat RM10,000 Skim Kifalah Ahli PAS (SkimPAS).

Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Sabah, Nur Izzati Yusof, arwah merupakan ahli PAS Sabah yang pertama menerima RM10,000 daripada SkimPAS.

- Advertisement -

“Anak kedua daripada lima beradik yang merupakan Bendahari Dewan Muslimat PAS Tuaran juga bekas Perunding SkimPAS di kawasan Tuaran (PSK),” katanya pada Konvensyen PAS Pilihanku di Sabah International Convention Centre (SICC), semalam.

Replika cek diserah Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada waris arwah.

Allahyarhamah merupakan anak kepada Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling semasa hayatnya sempat memperbaharui caruman SKIMPAS sehingga tahun 2023.

Nur Izzati juga berkata, untuk mendapatkan perlindungan, semua ahli PAS dan Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah perlu menyertai SKIMPAS.

Turut hadir pada kovensyen terbabit Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Aliakbar Gulasan dan pimpinan PAS Sabah. – HARAKAHDAILY 7/8/2022

- Advertisement -