Kelantan negeri pertama dapat sijil MS ISO 9001:2015

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Kerajaan Kelantan merakam ucapan tahniah kepada Jabatan Perhutanan Negeri di atas kejayaan jabatan itu memperolehi Pensijilan Pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015.

Pensijilan itu di bawah Skop Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan merupakan negeri pertama yang memperolehi sijil berkenaan.

- Advertisement -

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, pensijilan itu berkuatkuasa sehingga 5 Julai 2025.

“Penerimaan pensijilan tersebut membuktikan bahawa pengurusan hutan Kelantan yang mengikut setiap garis panduan (SOP) serta ketetapan yang dibuat oleh badan pensijilan.

“Kelantan merupakan negeri yang pertama di Semenanjung yang berjaya memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2015,” ujarnya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini. – HARAKAHDAILY 7/8/2022

- Advertisement -