Dunia perlu mengecam serangan bacul Regim Zionis Israel

- Advertisement -

PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan bacul dan ganas regim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan udara yang bermula semalam yang sehingga kini telah mengakibatkan 15 warga Palestin terkorban dan lebih 125 yang lain cedera.

- Advertisement -

Sudah sampainya masanya masyarakat dunia perlu mengambil tindakan tegas ke atas regim zionis Israel yang selama ini sewenang-wenangnya berlaku kejam, zalim, tidak berperikamusiaan dan telah menjajah serta menjarah bumi Palestin selama lebih 74 tahun.

Pelbagai Resolusi PBB dan Perjanjian Damai yang dipersetujui dan dikuatkuasakan telah dicabuli serta nasib Palestin dan warganya tetap sama malah lebih buruk daripada dahulu. Regim zionis Israel perlu dikenakan sekatan dan diambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Isu Palestin adalah satu isu yang cukup “memalukan“ bagi masyarakat dunia terutamanya buat umat dan Dunia Islam kerana ia satu – satunya isu yang tidak mampu diselesaikan sehingga ke hari ini. Isu Palestin dipinggirkan dan seolah-olah terdapat sikap “double standard“ dalam kaedah menanganinya berbanding isu mahupun krisis yang yang sedang berlaku di dunia hari ini mahupun sebelumnya.

OIC, Liga Arab mahupun PBB perlu memainkan peranan yang pro aktif dalam menangani isu Palestin dan perlu meletakkan titik noktah bagi mengakhirinya. Sampai bila harus dibiarkan ia berlarutan? Adakah sehingga semua warga Palestin terkorban atau Palestin lenyap dari muka bumi ini?

Kini, masyarkat dunia perlu mencapai kata sepakat dalam menangani isu Palestin dan bertindak tegas terhadap regim zionis Israel. Selagimana ia berlarutan dan terus dilanda krisis, nescaya Asia Barat akan terus bergolak seterusnya menjejaskan matlamat untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan yang berkekalan.

Islam Menyatukan Umat.

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk. – HARAKAHDAILY 7/8/2022

- Advertisement -