Banyak parti boleh ancam kekuatan orang Melayu

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

PASIR PUTEH:
PAS Kelantan menganggap penubuhan satu lagi gabungan politik di samping Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) hanya akan merugikan Islam dan Melayu.

Setiausahanya, Wan Roslan Wan Hamat berkata, usaha itu tidak akan memberi sebarang manfaat, selain memecahkan sokongan Islam dan Melayu yang sudah sedia terpecah kerana kepentingan masing-masing.

- Advertisement -

Beliau tidak menolak kemungkinan tragedi 22 bulan ketika pemerintahan PH 2018 bakal berulang lagi selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan kebimbangan orang Islam memuncak.

“Parti-parti sekarang banyak bergerak di atas kepentingan peribadi dan kepentingan tertentu, terbaru tertubuhnya satu lagi blok politik Melayu yang cukup membimbangkan kita, Islam dan Melayu terancam.

“Bila Melayu saling bergaduh antara satu sama lain, bangsa lain dapat menguasai kekuasaaan di negara, itu yang kita paling takut, kita sudah ada pengalaman 22 bulan lalu, jadi tidak mahu ia berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Kali Ke 63 di Tok Aman Bali Beach Resort di sini hari ini.

Pengerysi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis lepas mengumumkan penubuhan sebuah paktan yang dipanggil Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas perdana menteri itu berkata, GTA merupakan sebuah gerakan yang menggabungkan empat parti politik di samping badan bukan kerajaan (NGO) dan golongan profesional di negara ini. – HARAKAHDAILY 6/8/2022

- Advertisement -