GTA sekadar pentas untuk Pengerusi Pejuang

- Advertisement -

Oleh RIZAL TAHIR

KOTA BHARU:
Kemunculan Gerakan Tanah Air (GTA) dianggap hanya sekadar pakatan kecil mahu bersaing blok politik lebih besar iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, ia juga memperlihatkan Tun Dr Mahathir Mohamed mahu dirinya kekal relevan dalam arus politik perdana di negara ini.

- Advertisement -

Sedangkan katanya era bekas perdana menteri dua kali itu sudah berlalu.

“Lebih hebat lagi Gerakan Tanah Air dikatakan akan bertanding 120 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Jumlah 120 kerusi itu secara resionalnya nampak tidak realistik, apa pun cita-cita kena ada,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Kelantan kali ke-49 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini.

Semalam Dr Mahathir mengumumkan GTA yang disertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parti Putra Bumiputera Perkasa Melaysia (Putra), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, PAS tidak tergugat dengan kemunculan GTA kerana ia dilihat sekadar pentas untuk Dr Mahathir.

“Apa yang saya perhatikan GTA tidak lebih untuk memastikan dirinya kekal relevan, sedangkan zamannya telah berlalu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/8/2022

- Advertisement -