Pembangkang kitar isu lama menjelang PRU

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Agenda dan gerakan pihak tertentu yang cuba menjatuhkan PAS sering muncul setiap kali menjelang pilihan raya umum (PRU).

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kebanyakan isu yang dimainkan pihak pembangkang isu serupa yang diulang-ulang semula bagi mengelirukan rakyat.

Bahkan kata beliau hampir kesemua isu yang dibangkit pihak terbabit telah dijelaskan kerajaan.

- Advertisement -

“Dalam konteks Kelantan isu-isu yang dimainkan dilihat diulang isu hampir sama di mana sudah banyak dijelaskan kerajaan negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) atau kenyataan media.

“Gerakan untuk melawan atau menjatuhkan kerajaan merupakan perkara biasa dalam politik sebab negara ini mengamalkan sistem demokrasi,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar kepada pemberita pada pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibaran Jalur Gemilang Peringkat Negeri di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.

Beliau berkata, bagi rakyat yang tidak mengikuti perkembangan semasa mungkin mereka menganggap ia sebagai isu yang baru.

Sedangkan kata beliau hampir semua isu yang dibangkitkan tersebut sudah diberi penjelasan sebelum ini.

Oleh itu beliau mengingatkan rakyat Kelantan meneliti terlebih dahulu sebarang maklumat atau isu yang dibangkit pembangkang dengan mendapatkan kesahihan daripada pimpinan. – HARAKAHDAILY 4/8/2022

- Advertisement -