Kerjasama pemimpin PAS-Umno masih berlangsung

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN | Foto RIZAL TAHIR

KOTA BHARU:
Biarpun pimpinan utama Umno menganggap tiada lagi hubungan Muafakat Nasional (MN), namun kerjasama antara pemimpin PAS dan Umno masih lagi diteruskan sehingga sekarang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perjumpaan antara pemimpin Umno dan PAS sentiasa diadakan walaupun tiada mesyuarat melibatkan MN.

Malah katanya PAS akan meneruskan usaha untuk mempertahankan MN demi perpaduan ummah dan penyatuan nasional.

- Advertisement -

“Kita memang ada usaha itu (kekal perpaduan dan MN). Selagi tak sampai masanya kita akan teruskan demi untuk perpaduan rakyat dan kestabilan negara.

“Tidak ada mesyuarat MN pun kita bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno. Kita sentiasa bertemu, waktu terdekat pun kita bertemu,” katanya yag juga Ahli Parlimen Kota Bharu pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Islah di sini semalam.

Pada Mei lepas Presiden Umno Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malah pada awal tahun ini Umno Kelantan menghantar surat memutuskan hubungan dengan PAS di negeri tersebut.

Takiyuddin yang juga Menteri Sumber Asli dan Tenaga berkata, PAS sentiasa mengutamakan perpaduan ummah dan mengajak ke arah penyatuan nasional melibatkan pelbagai pihak. – HARAKAHDAILY 4/8/2022

- Advertisement -