Jangan tertipu ‘game plan’ media burukkan pimpinan

- Advertisement -

DATO’ Mohd Amar Abdullah, kalau kita dengar video pendek ucapannya sekerat-sekerat, memang berasa tak sedap dengar. Kenalah dengan ‘agenda’ orang yang potong video itu.

Tapi bila dengar ceramah atau ulasan isu dari beliau secara penuh, habis slot itu berasa puas hati sebab ulasan beliau dengan analogi yang sangat jelas. Jijok molek.

Kadangkala konteks ucapan itu khas pada pihak tertentu, tapi bila dipotong video dilihat macam tuju pada rakyat umum. 

Contoh wartawan tanya, “Apa respon YB berkenaan sekumpulan pihak PH dan Umno demo di Tesco berkenaan isu air?”.

Contoh dijawab, “Bagitahu mereka kalau nak air sangat gi terjun dalam sungai tepi Tesco tuh…”

Kalau kita dengar soalan asal, kita boleh faham ini jawapan politik kepada aksi politik dari dua parti politik. Tak pelik jawapan sebegini. 

Tapi dia jadi pelik bila dikerat video jawapan sahaja tanpa soalan dan disunting pula dengan, “tengok nie Mohd Amar kata gapo ke rakyat Kelate”.

“Bagitahu mereka (rakyat Kelate) kalau nak air sangat gi terjun dalam sungai tepi Tesco tuh…” kita yang tak tahu cerita dengar benda ini pun rasa berdesing. 

Orang PAS yang baru dengar pun turut terasa, walhal sudah jelas soalan asal yang ditanya dan dijawab untuk dituju pada musuh politik. 

Ini soal permainan media. Begitu juga jawapan Menteri KASA pasal air Kelantan. Husam ambil sudut serang kelemahan tadbir urus AKSB. 

Sedang keseluruhan daripada jawapan Menteri KASA itu kita boleh keluarkan bahan dan penulisan menunjukkan usaha Menteri PAS dan Kerajaan Kelantan untuk selesaikan masalah air Kelantan. 

Pelbagai inisiatif bernilai ratusan juta dibentangkan oleh Menteri. Tapi kita terpengaruh dengan 1 peratus jawapan Menteri yang diolah oleh Husam. 

Sebanyak 99 peratus kita tak ambil peluang untuk up dan sebar kepada awam berkenaan usaha Menteri PAS dalam Kerajaan PN buat untuk Kelantan. 

Begitulah kita, agak lemah, selalu diporak perandakan oleh game plan media musuh. Hingga kita pun turut terperangkap menyerang pimpinan sendiri. 

Ya, tak nafi ada kelemahan dan kekurangan pimpinan kita, mereka perlu ubah. Namun, apa pula yang kita tonjolkan. 

Jika musuh kita ambil 1 minit daripada 60 minit ceramah atau olahan pimpinan kita. Kenapa kita tak pilih mana-mana 59 minit ucapan pimpinan yang memberikan kredit pada jemaah kita?

Tak logiklah 59 minit yang bermanfaat dikalahkan oleh 1 minit yang dimainkan musuh. Kecuali kita tak manfaat dan mainkan 59 minit itu. Jom kita cuba ejah deh.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 4/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -