Sisa makanan: Satu keperluan wujud dasar baharu 

- Advertisement -

SAYA menyokong usaha kerajaan yang telah mewujudkan satu dasar dan hala tuju baharu secara komprehensif berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal negara termasuk sisa makanan yang dibazirkan.

Hakikatnya, sisa makanan yang terlalu banyak dibazirkan bukan isu baru yang melibatkan negara ini sahaja, malahan ia merupakan isu global dan masih belum ada jalan penyelesaian yang holistik.

Menurut Food and Agriculture Organization (FAO), jumlah makanan yang telah dibazirkan di seluruh dunia setiap tahun berjumlah AS$1.3 bilion (RM 5.8 bilion). Manakala, rakyat Malaysia telah menghasilkan sisa makanan setiap hari kira-kira 17,000 tan.

Isu ini menjadi satu keperluan terdesak dalam peralihan konsep pengurusan sisa pepejal termasuk sisa makanan daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran yang boleh menguntungkan negara.

Amalan konsep kitaran ekonomi telah dilaksanakan di Singapura iaitu mengitar semula sisa makanan dengan menggunakan teknologi untuk penghasilan baja. Pengurusan sisa makanan ini bukan sahaja memacu ekonomi negara malah membuka peluang pekerjaan yang baru kepada rakyat negaranya. 

Sehubungan itu, saya mengharapkan dengan adanya dasar dan hala tuju baharu ke arah ekonomi kitaran yang berkait dengan sisa makanan dapat mengurangkan lambakan pembaziran makanan sekali gus meningkatkan ekonomi negara.

“Islam Menyatukan Ummah”

YB TUAN CHE ALIAS HAMID
Ahli Parlimen Kemaman – HARAKAHDAILY 3/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -