Perjuangan martabatkan perundangan syariah

Hari Hududullah

- Advertisement -

MENYAMPAIKAN kalam aluan di Majlis Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan ini diurusetiakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. 

Objektif program ini adalah sebagai satu usaha Kerajaan Negeri yang berterusan memperjuangkan Sistem Perundangan Islam iaitu Hukum Hudud selain ianya turut menjadi medan ilmu bagi menyampaikan maklumat-maklumat yang tepat berkaitan isu-isu sistem perundangan di Malaysia kepada semua lapisan masyarakat di Negeri Kelantan.

Kerajaan Negeri mengambil sikap dan peranan untuk menjadikan sistem perundangan Islam yang tercatat di dalam al-Quran, sebagai salah satu panduan perjalanan kehidupan manusia, sebagaimana Allah di dalam Surah Al-Isra’ ayat 9: 

- Advertisement -

إِنَّ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ يَهۡدِي لِلَّتِي هِيَ أَقۡوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرٗا كَبِيرٗا ٩ 

“Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”

Mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan 1443H/2022M merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob kerana sudi hadir merasmikan program ini.

DATO’ USTAZ MOHD NASSURUDDIN DAUD
Ketua Penerangan PAS Kelantan – HARAKAHDAILY 3/8/2022

- Advertisement -