Oktoberfest bukan satu hak di sisi perlembagaan

- Advertisement -

MEMINUM arak dan alkohol bukan ajaran yang disarankan agama. Bukan sahaja Islam, malahan agama besar lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha.

Mabuk dan minum alkohol sudah terbukti juga tiada paras selamat menurut kajian sains. Satu kajian meta analisis menunjukkan, pengambil 1 unit alkohol sehari berisiko menyebabkan kanser payu dara dan Orofaringeal.

Bermaksud, hatta setitik arak tidak memberi manfaat langsung buat manusia tanpa mengira dia parti apa atau agama apa.

Pesta minum arak tidak tercatat dalam catatan sejarah tanah ini sebagai sebuah budaya. Pesta mabuk sebaliknya terbukti menyebabkan orang hilang pertimbangan akal dan kewarasan.

Sudah berapa banyak kes kemalangan dan keganasan domestik yang dicatatkan kerana mabuk. Sudah berapa banyak pula penyakit yang pelbagai jenis timbul daripada perbuatan minum arak. Fakta menunjukkan, sebanyak 1,157 kes pemandu mabuk direkodkan sepanjang 2021 di Malaysia.

Menurut catatan World Health Organization (WHO) pada tahun 2011, 2.5 juta penduduk dunia meninggal dunia akibat alkohol dan 9 peratus kematian tersebut terjadi pada orang muda iaitu yang berumur 5 hingga 29 tahun.

Di Eropah pula, negara junjungan PH dan sahabat-sahabatnya, masalah ketagihan arak agak menular dan telah menyebabkan kadar kematian yang tinggi akibat kemalangan, kecederaan dan penyakit ‘liver cirrhosis’ serta kanser hati.

Apakah Lim Kit Siang ingin menjadi seperti Eropah, bumi asal pesta Oktoberfest? Penduduk Ireland dan Jerman mengambil 14.7 juta liter arak setahun. Hasilnya seperti dinyatakan tadi.

Apakah Lim Kit Siang ingin mengatakan perkara ini sebagai sebuah hak? Beranikah Lim Kit Siang bertanggungjawab atas segala kes dan masalah sosial yang timbul daripada perbuatan mabuk dan minum arak?

Sekiranya Lim Kit Siang memang anti Islam atau bodoh mengenai realiti Malaysia, adalah disarankan untuk Lim Kit Siang ini kita hantar untuk belajar semula sejarah dan pendidikan moral. Janganlah kerana nak mengejar kemenangan politik, kesejahteraan rakyat jadi taruhan kamu.

Ketegasan Menteri Agama Senator Dato’ Ustaz Idris Ahmad untuk tidak mengiktiraf budaya pesta arak adalah amat perlu dipertahankan dan disokong semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna politik dan agama.

Sudah bertahun lamanya kelompok ekstremis Cauvinis cuba mencedok dan mengimport budaya kebaratan yang keparat untuk dinormalisasikan di Malaysia. 

Ini dalam keadaan lemah dan tidak berkuasa pun, tokoh besar DAP ini berani berkata celupar menghina perlembagaan. Cuba kalau mereka berkuasa mengawal kerajaan sepertimana pada era 22 bulan? Sudah tentu lebih banyak kekecohan dan masalah berlaku.

Fabrik sosial yang sekian lama terhampar elok cuba dikoyak kaum Cauvinis. Maka kita perlu pertahankan. Arak bukan hak. Pesta mabuk bukan hak dan budaya kita. Ayuh kita tolak Oktoberfest. Ayuh kita tolak Cauvinis ekstremis.

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 3/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -