Gagal urus bahan buangan kilang dikompaun RM310,000

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemilik sebuah premis kilang kimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor dikenakan kompaun berjumlah RM310,00 kerana gagal menguruskan bahan buangan terjadual.

- Advertisement -

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pasir Gudang, premis berkenaan dikenakan sebanyak 155 kompaun kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974.

“Premis diarah untuk mengambil tindakan segera dengan memastikan semua sisa buangan terjadual yang dihasilkan diurus mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Sampel buangan daripada proses kilang telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya,” kata kenyataan itu, semalam.

Sementara itu, kesemua premis industri diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar. – HARAKAHDAILY 3/8/2022

- Advertisement -